June 1, 2017

Hari pertama

Salam sejahtera,

Menulis kisah hidup adalah satu cara untuk memulakan penulisan. Kaedah memoir adalah paling sesuai kerana ia tidak terikat dengan masa atau kronologi tertentu. Ia boleh ditulis mengikut tema tertentu atau kisah tertentu. 

Apa yang perlu dilakukan ialah tulis dahulu supaya idea dan kisah yang hendak diceritakan wujud. Semasa mengikuti bengkel penulisan kisah hidup yang disampaikan oleh Tn Zamri Mohammad, beliau mengatakan tulis dahulu menggunakan medium Facebook dan set sebagai "only me". Ini kerana kita sentiasa boleh menulis secara santai apabila menggunakan medium tersebut.

Konsep penceritaan juga boleh digunakan dalam menulis kisah hidup agar tidak terlalu formal. Mengikut Tn Zamri lagi apabila kita ingin menulis kisah hidup, maka perlu membaca buku kisah hidup yang telah terbit. Oleh itu kita akan mendapat idea kaedah penyampai dan ayat-ayat pemula yang sesuai.

Bagi langkah pertama kita perlu tahu kisah hidup yang mana ingin dikongsikan. Mungkin kisah pengalaman berpuasa. Boleh melibatkan kisah orang-orang yang berada disekeliling kita berkaitan dengan tema tersebut. 

Apakah tema yang hendak diketengahkan?

#coretansyah 


**************************************************************************************** Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...