June 5, 2017

Pendaftaran 201718

Salam sejahtera,

Hari ini bermula pendaftaran untuk sesi 2017/2018. Syukur pendaftaran berjalan lancar walaupun pelajar yang mendaftar mencecah 2000 orang. Berkat  bulan yang penuh mulia proses pendaftaran dapat disempurnakan pada jam 2.30 petang. 

Bertugas sebagai jawatankuasa peralatan pelajar adalah memastikan setiap pelajar mendapat buku panduan, jadual minggu pengurusan pelajar, planer dan baju. Sangat mencabar apabila saiz baju yang disediakan adalah berdasarkan anggaran pelajar. Ada yang memerlukan saiz XXL maka ia adalah amat terhad. 

Untuk sesi akan datang mungkin saiz M perlu diperbanyakkan kerana ia adalah saiz yang sesuai untuk semua pelajar. Langkah paling berkesan meminta pelajar membawa baju putih untuk minggu pengurusan pelajar. Baju kolej hanya ditempah selepas pelajar berada di kolej. 

#coretansyah


*********************************************************************************Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

June 1, 2017

Hari pertama

Salam sejahtera,

Menulis kisah hidup adalah satu cara untuk memulakan penulisan. Kaedah memoir adalah paling sesuai kerana ia tidak terikat dengan masa atau kronologi tertentu. Ia boleh ditulis mengikut tema tertentu atau kisah tertentu. 

Apa yang perlu dilakukan ialah tulis dahulu supaya idea dan kisah yang hendak diceritakan wujud. Semasa mengikuti bengkel penulisan kisah hidup yang disampaikan oleh Tn Zamri Mohammad, beliau mengatakan tulis dahulu menggunakan medium Facebook dan set sebagai "only me". Ini kerana kita sentiasa boleh menulis secara santai apabila menggunakan medium tersebut.

Konsep penceritaan juga boleh digunakan dalam menulis kisah hidup agar tidak terlalu formal. Mengikut Tn Zamri lagi apabila kita ingin menulis kisah hidup, maka perlu membaca buku kisah hidup yang telah terbit. Oleh itu kita akan mendapat idea kaedah penyampai dan ayat-ayat pemula yang sesuai.

Bagi langkah pertama kita perlu tahu kisah hidup yang mana ingin dikongsikan. Mungkin kisah pengalaman berpuasa. Boleh melibatkan kisah orang-orang yang berada disekeliling kita berkaitan dengan tema tersebut. 

Apakah tema yang hendak diketengahkan?

#coretansyah 


**************************************************************************************** Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...