April 25, 2017

Bila dapat gaji.

Salam sejahtera,

Setiap bulan tarikh keramat ini akan dinantikan oleh setiap kakitangan awam. 25 haribulan akan sentiasa terpahat di hati dan minda penjawat awam. Ini lah tarikh keramat untuk mendapatkan imbuhan bulanan.

Apabila sampai tarikh tersebut bank-bank akan menjadi tumpuan malah setiap stesen minyak yang mempunyai mesin ATM pun menjadi pilihan. Bukan untuk mengisi minyak tapi untuk mengeluarkan wang. Itulah yang berlaku setiap bulan dirasakan wang hanya singgah kedalam akaun pemilik untuk beberapa hari sahaja.

Selepas itu terus bergerak untuk memenuhi keperluan pemilik. Antara perkara penting ialah menjelaskan segala hutang tetap seperti pinjaman pelajaran, rumah, kereta, kad kredit dan pinjaman pribadi. Selain itu bil-bil keperluan seperti air, letrik dan telefon serta internet juga perlu dijelaskan.

Beberapa tahun yang lepas saya terbaca kaedah yang betul untuk menyimpan apabila mendapat gaji. Apabila diamalkan pasti menjadikan akaun simpanan kita bertambah setiap  bulan. Kaedah yang digunakan ialah dengan membayar diri dahulu mengikut istilah yang digunakan oleh Azizi Ali iai itu seorang pakar kewangan.

Setelah membayar diri sendiri, maka wang selebihnya digunakan untuk menjelaskan hutang, membayar bil-bil, membeli keperluan harian serta untuk hiburan. Sering terdengar rungutan orang ramai tentang berapa jumlah yang sesuai untuk bayaran tersebut? Ia bergantung kepada keperluan individu paling minimum dicadangkan 10% daripada gaji.

Lagi banyak adalah lebih bagus kerana ia adlah untuk kegunaan kita pada masa hadapan. Bagaimana hendak memulakan akan kita kongsikan dalam artikel yang lain.

Semoga sedikit perkongsian ini akan memberikan maklumat kepada anda semua apa yang perlu dilakukan apabila mendapat gaji.

Jom kongsi.
#coretansyah

**************************************************************************************** 
Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...