April 30, 2017

Kaedah sampul.

Salam sejahtera,

Syukur kita dapat berjumpa lagi untuk berkongsi ilmu berkaitan pengurusan kewangan. Kali ini saya ingin kongsikan satu kaedah menyimpan menggunakan sampul. Dalam post yang lepas iaitu "Bila dapat gaji" anda telah mengetahui kaedah pertama iaitu menyimpan. 

Kali ini kita akan bincangkan satu kaedah menyimpan menggunakan sampul. Kaedah ini amat mudah kera kita hanya perlu menyediakan sampul mengikut tujuan simpanan tersebut. Sebagai contoh untuk perubatan, kecemasan, pelaburan, melancong dan belajar. 

Maka kita perlu menyediakan lima sampul yang sama saiz. Peratusan untuk setiap sampul juga mengikut kepentingan yang kita tentukan. Seperti sampul melancong pada hujung tahun maka kita ada 10 bulan untung menyimpan. Maka kita boleh membuat sedikit kira-kira untuk mencapai jumlah yang diperlukan.

Jika peruntukan ialah 3 ribu, maka setiap bulan kita perlu memasukkan RM300 ke dalam sampul tersebut. Begitulah yang kita perlu lakukan untuk setiap sampul. Sungguh mudah kan pasti anda dapat melakukannya. 

Mulakan sekarang pasti anda akan mendapatkan hasil pada masa akan datang.

Jom kongsi
#coretansyah


**************************************************************************************** 
Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

April 27, 2017

Bila dapat gaji 2.

Salam sejahtera,

Syukur kita masih dapat bersama pada kali ini untuk berkongsi sedikit ilmu berkaitan dengan pengurusan kewangan. Dalam post yang lepas "Bila dapat gaji" saya ada menyatakan apa yang perlu dilakukan apabila mendapat gaji. Anda boleh baca dipost yang lepas.

Kali ini saya ingin kongsi kan perkara penting yang perlu dilakukan apabila dapat gaji. Setelah melakukan perkara pertama tersebut, kita perlulah mengeluarkan sedikit daripada gaji tersebut untuk bersedekah. Sedekah yang paling utama adalah kepada kaum keluarga. 

Oleh itu berikan sedikit bantuan kewangan kepada ibu bapa jika mereka masih ada. Jika mereka telah tiada bantulah bapa saudara atau ibu saudara yang memerlukan. Kerana mereka juga adalah ibu dan ayah kita. 

Dengan bersedekah kita akan mendapat banyak manafaat selain ganjaran dari 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda. Kita akan dihindari dari penyakit, dari kesusahan dan bermacam-macam lagi manafaat. Berapa banyak kita perlu sedekah? Lagi banyak lagi bagus. 

Ya macam orang yang sangat memerlukan hanya memiliki RM10, jika dia sedekahkan RM5 maka itu 50% dari wangnya. Namun jika kita mempunyai RM100 jika sedekakkan RM10 hanya baru 10% dari wangnya. Anda nilaii sendiri berapa yang anda ingin sedekah kan. Namun jangan membebankan diri, serta jangan tunggu kaya dahulu baru mahu sedekah. 

Berapa pun nilai yang diberikan bukan menjadi ukuran. Paling utama ialah istiqamah bersedekah. Jadikan satu rutin setiap kali ke masjid pasti memasukan RM1 ke dalam tabung. Itu lebih baik dari memberi sekali banyak namun tidak konsisten. 

Semoga sedikit perkongsian ilmu ini memberikan manafaat untuk kita semua. 

Jom kongsi. 
#coretansyah


**************************************************************************************** 
Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

April 25, 2017

Bila dapat gaji.

Salam sejahtera,

Setiap bulan tarikh keramat ini akan dinantikan oleh setiap kakitangan awam. 25 haribulan akan sentiasa terpahat di hati dan minda penjawat awam. Ini lah tarikh keramat untuk mendapatkan imbuhan bulanan.

Apabila sampai tarikh tersebut bank-bank akan menjadi tumpuan malah setiap stesen minyak yang mempunyai mesin ATM pun menjadi pilihan. Bukan untuk mengisi minyak tapi untuk mengeluarkan wang. Itulah yang berlaku setiap bulan dirasakan wang hanya singgah kedalam akaun pemilik untuk beberapa hari sahaja.

Selepas itu terus bergerak untuk memenuhi keperluan pemilik. Antara perkara penting ialah menjelaskan segala hutang tetap seperti pinjaman pelajaran, rumah, kereta, kad kredit dan pinjaman pribadi. Selain itu bil-bil keperluan seperti air, letrik dan telefon serta internet juga perlu dijelaskan.

Beberapa tahun yang lepas saya terbaca kaedah yang betul untuk menyimpan apabila mendapat gaji. Apabila diamalkan pasti menjadikan akaun simpanan kita bertambah setiap  bulan. Kaedah yang digunakan ialah dengan membayar diri dahulu mengikut istilah yang digunakan oleh Azizi Ali iai itu seorang pakar kewangan.

Setelah membayar diri sendiri, maka wang selebihnya digunakan untuk menjelaskan hutang, membayar bil-bil, membeli keperluan harian serta untuk hiburan. Sering terdengar rungutan orang ramai tentang berapa jumlah yang sesuai untuk bayaran tersebut? Ia bergantung kepada keperluan individu paling minimum dicadangkan 10% daripada gaji.

Lagi banyak adalah lebih bagus kerana ia adlah untuk kegunaan kita pada masa hadapan. Bagaimana hendak memulakan akan kita kongsikan dalam artikel yang lain.

Semoga sedikit perkongsian ini akan memberikan maklumat kepada anda semua apa yang perlu dilakukan apabila mendapat gaji.

Jom kongsi.
#coretansyah

**************************************************************************************** 
Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...