February 13, 2017

Teknologi

Salam sejahtera,

Hari ini lebih baik dari semalam. Sekarang ni banyak betul maklumat yang tersebar dengan mudah. Ditambah dengan penggunakan telefon pintar yang menjadikan maklumat dihujung jari.

Pada masa dulu pemberitahuan menggunakan papan kenyataan yang terdapat di tempat-tempat tertentu. Pembinaan kumpulan perbincangan juga telah berlangsung secara maya. Malah dengan menggunakan telefon pintar kelas juga boleh dilakukan secara dalam talian.

Ini menjadikan pendidikan tanpa sempadan, selain kaedah konvensional yang biasa dilakukan pada masa kini. Namun begitu ramai yang suka menyebarkan malklumat yang belum dipastikan ketepatannya. Apabila berita tersebut mempunyai nilai-nilai sensasi maka ia akan lebih cepat tersebar.

Dalam perniagaan penggunaan telefon pintar dan teknologi internet dapat memudahkan perhubungan dengan pekerja, pelanggan dan pembekal. Kaedah kerja juga sudah berubah apabila pekerja boleh melakukan kerja walaupun berada di rumah selagi ia tidak melibatkan logistik.

Ini telah meningkatkan prestasi pekerja yang boleh bekerja walaupun diluar pejabat. Lebih banyak pekerjaan yang berkaitan dengan maklumat yang hanya bekerja dari rumah dengan bantuan teknologi dapat dilakukan.

Bagi seorang rakan yang melakukan perniagaan sebagai penulis, beliau hanya menulis di rumah dan tempat-tempat yang sesuai seperti cafe dan kawasan peranginan. Jadual penulisan yang disediakan adalah mengikut masa yang diperuntukkan sendiri. Namun proses pematuhan kepada jadual adalah paling utama.

Apapun yang dilakukan pastikan kemudahan teknologi yang ada dapat digunakan untuk kebaikan sejagat.

Sekian, semoga sahabat sentiasa ceria dan gembira.

Jom kongsi.

#coretansyah


Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...