February 6, 2015

Apa yang penerbit mahu?

Salam sejahtera,

Syukur hari ini dapat saya kongsikan lagi bagaimana menjadikan status FB kepada buku. Apabila bercerita tentang buku, pasti ada yang tertanya-tanya siapa yang akan terbitkan buku tersebut? Ada penerbit yang akan terbitkan buku kita apabila mempunyai ciri-ciri tertentu. Nanti saya akan senaraikan ciri-ciri itu. 

Sebagai langkah kedua kita pun boleh terbitkan sendiri buku yang telah siap ditulis. Malah dengan adanya perkhidmatan Print On Demand (POD), maka kita boleh cetak dan edar sendiri buku tersebut. Tentang kos, sudah pasti kita yang tanggung. Namun semua keuntungan adalah milik kita. 

Pilihan sudah ada apa yang kita perlu tahu adalah ciri-ciri yang perlu ada agar buku yang dihasilkan akan laku dipasaran. Mengikut Tuan Zamri Mohamad, penerbit memerhatikan beberapa ciri tertentu terhadap penulis baru sebelum karya dapat diterbitkan. Ia berbeza dengan penulis lama yang mempunyai nama.

Antara ciri yang dilihat ialah mampu membina pembaca sendiri, mempunyai ciri-ciri penulis bukan hanya copy n paste, mempunyai ciri-ciri karya dalam penulisan dan paling utama ialah apabila dapat mengurangkan kos.

Apabila kita dapat mengurangkan kos kepada penerbit maka hasil tulisan kita telah memenuhi satu ciri yang dilihat oleh penerbit. Perkara ini dapat di kukuhkan lagi dengan kehadiran ramai pengikut yang membaca karya kita samaada di blog atau FB.

Sudah pasti sebagai seorang penulis, kita akan mempunyai gaya penulisan yang tersendiri. Mungkin pada mulanya kita belum mempunyai gaya malah banyak mengikut karya tertentu. Namun apabila kita menulis dengan kerap dan konsisten pasti kita mempunyai gaya tersendiri. 

Semakin lama kita berkarya pasti akan wujud elemen-elemen seni dalam penulisan. Ini akan menjadikan karya kita lebih mudah sampai ke hati pembaca. Apabila memenuhi ciri-ciri tersebut pasti akan ada penerbit yang berminat untuk menerbitkan karya kita.

Sekian, semoga sahabat semua sentiasa ceria dan gembira.

p/s: Dalam post akan datang saya akan kongsikan model 100 markah pada wall FB.

Jom kongsi.
#coretansyah


****************************************************************************************

Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com

****************************************************************************************

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...