May 25, 2014

Comfort Zone

Syukur Alhamdullilah,

Hari ini adalah lebih baik dari semalam, masih diberi peluang untuk bersedekah dan berzikir. Sepanjang masa kita dihidangkan dengan berbagai-bagai cerita tentang kehidupan. Namun sejauhmana kita menerima setiap cerita atau berita tersebut?

Kita ada pilihan untuk dilakukan samaada terus terima atau menapis dan berfikir dahulu sebelum terima. Semua itu akan mudah diakukan jika kita mempunyai ilmu. Oleh itu tahniah diucapkan kerana kita sekarang sedang menambah ilmu.

"Comfort Zone" sangat sinonim kepada orang yang selesa dengan keadaan diri mereka sekarang. Tentu kita pernah dengar cerita Katak Rebus. Ini bukan cerita makanan eksotik, ia mengisahkan seekor katak yang hebat namun.......

Ceritanya begini, pada suatu hari dalam sebuah makmal sains terdapat sekumpulan penyelidik sedang menjalankan satu kajian berkaitan dengan katak. Katak merupakan haiwan dua alam yang mempunyai kehebatan untuk menyesuaikan suhu badan mengikut persekitaran.

Dalam kajian tersebut dua eksperimen telah dilakukan, eksperimen pertama dimulakan dengan merebus air dalam sebuah bekas sehingga mendidih. Kemudian katak dimasukkan dalam bekas tersebut, cuba teka apa hasil yang diperolehi? Dengan pantas katak terus melompat keluar dari bekas tersebut. Yelah dah air panas tentulah terkejut, terus bertindak dengan serta-merta.

Bagi eksperimen kedua, penyelidik meletakan katak di dalam bekas yang berisi air kemudian bekas tersebut dipanaskan perlahan-lahan. Apabila suhu air makin meningkat katak masih berada di dalam bekas tersebut sehinggalah air mendidih. Maka katak kedua telah menjadi katak rebus.

Kenapa ia berlaku? Dalam situasi yang pertama apabila katak dikejutkan dengan sesuatu yang drastik maka ia akan bertindak dengan segera. Namun dalam situasi kedua katak tersebut telah menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling sehingga rasa selesa walaupun ia merbahaya kepada dirinya.

Itulah bahayanya zon selesa (comfort zone), kita kena pastikan kita tidak terlalu lama dalam zon tersebut. Pastikan kita melakukan sesuatu apabila berada dalam keadaan tersebut, paling mudah lakukan penghijrahan. Kenalpasti zon selesa kita, jika zon selesa kita ialah rumah cuba cari tempat lain untuk bercuti cuba perkara yang sukar dari di rumah.

Jika zon selesa kita ialah keluarga cuba pergi seminar dua atau tiga hari agar berjauhan dari keluarga. Jika zon selesa kita ialah kerja minta cuti dan pergilah bercuti agar kita tahu susah jika tak dapat gaji. Apapun zon selesa kita cubalah lakukan sesuatu agar kita tidak terkejut dengan sesuatu yang drastik.

Paling mudah untuk ubah ialah dengan membaca kerana ramai dikalangan kita susah hendak membaca terutamanya berkaitan dengan kemahiran tertentu. Kita selesa dengan kemahiran yang kita ada tetapi tak rugi kita tahu kemahiran lain terutama yang tiada kaitan dengan kepakaran kita selama ini.

Mulakan sekarang dan kita pasti akan berjaya.

Jom kongsi.
#coretansyah

May 11, 2014

RM Satu Juta Pertama

Salam sejahtera,

Syukur pada hari ini kerana kita masih dapat bernafas dengan sempurna. Pernahkah kita fikir cara untuk mendapatkan RM satu juta?

Apabila disebut sahaja RM satu juta maka ramai yang akan mengatakan susah untuk mendapatkannya. Namun tahukah anda bahawa perkara tersebut tidaklah susah jika kita mempunyai cara dan perancangan yang betul.

Sebagai contoh apabila kita ingin mencapai RM satu juta, maka kita perlukan satu masa tertentu. Seperti dalam masa 1 tahun atau 2 tahun, ini bagi memastikan nilai tersebut tidak menjadi beban kepada emosi. Apabila kita mempunyai masa maka kita boleh pecahkan nilai tersebut dalam setiap hari maka nilainya akan menjadi lebih kecil. 

Jika dalam masa 1 tahun kita perlu dapatkan RM 2777.80 sehari, namun jika kita panjangkan ke 4 tahun maka kita hanya perlukan RM 694.44 sehari. Oleh itu kita yang tentukan bila kita nak capai RM 1 juta tu. Maka rancanglah untuk mendapatkan RM 1juta yang pertama anda agar ia lebih mudah menarik RM yang lebih banyak.

Jom kongsi.
#coretansyah
************************
************************

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...