January 16, 2014

Kerja Separuh Masa.

Salam sejahtera,
Syukur kerana dapat berkongsi sedikit maklumat dengan anda semua di sini. Sebagai perkongsian terutama kapada anda yang ingin mencari sumber pendapatan tambahan secara separuh masa (part time). Jika nak buat sepenuh masa pun boleh juga namun mulakan dahulu dan belajar sehingga mahir segala ilmu yang perlu anda tahu.
Untuk menambah sumber pendapatan ada banyak cara, namun saya hanya ingin menceritakan berkaitan dengan sistem affiliate. Apakah afiliate? Bagi anda yang belum mengetahui apa itu affiliate, secara mudah ialah agen kepada penjual atau pemilik perkhidmatan. Sebagai contoh anda ada seorang kawan A yang membuat katering untuk kenduri kahwin.
 Anda sebagai seorang kawan sentiasa memberi cadangan kepada bakal pengantin untuk menggunakan perkhidmatan si A ni. Setiap kali ada tempahan yang diterima oleh si A disebabkan cadangan anda, maka si A memberikan komisen mungkin 10% - 20% kepada anda. Itulah secara mudah affiliate di dunia nyata, namun apa yang berlaku kini ialah dialam maya atau alam siber.
Terdapat banyak peluang untuk kita mendapatkan pendapatan tambahan dengan cara ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah menyuruh bakal pembeli melawat ke web yang anda cadangkan. Setiap pembelian yang berlaku disebabkan cadangan anda, maka penjual atau penyedia perkhidmatan tersebut akan membayar anda mengikut kadar yang telah di persetujui.
Sudah banyak nama besar dalam industri ini yang berjaya mendapat pendapatan sehingga empat angka sebulan. Antara nama besar yang terlibat ialah Rahman Basri, Zamri Nanyan, Razif dan ramai lagi. Namun untuk berjaya dalam sesuatu bidang anda memerlukan maklumat atau ilmu dalam bidang tersebut.
Seperti juga apabila anda hendak belajar memandu, anda perlu ada ilmu berkaitan jalanraya dan kenderaan yang hendak dipandu. Bukan terus je pandu resiko untuk kemalangan adalah tinggi. Anda boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan affiliate dibanyak laman web, namun pastikan ia berbaloi dengan masa yang anda peruntukkan serta wang (jika perlu) yang dilaburkan.
Semoga anda mendapat maklumat berkaitan dengan affiliate.
Terima kasih.

************************
************************

January 10, 2014

Pelaburan pilihan.

Salam sejahtera,

Banyak perkara yang kita ingin lakukan bagi menambah pendapatan kan. Salah satuu yang paling terkenal ialah pelaburan. Pada masa kini banyak produk pelaburan yang ditawarkan seperti pelaburan emas, pelaburan hartanah dan pelaburan saham.

Namun dua pelaburan paling utama sering ditekankan oleh mereka yang telah berjaya ialah pelaburan akhirat dan pelaburan ilmu. Tentu kita tahu bahawa sedekah merupakan pelaburan yang sememangnya akan memberikan pulangan berlipatkali ganda.

Seperti firman Allah dalam Al Quran surah Al-Baqarah, Ayat 261 bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

Manakala ilmu yang diperolehi akan lebih membantu kita dalam kehidupan seharian. Jika kita ingin melabur dalam pasaran saham maka kita perlu tahu ilmu berkaitan saham. Sama juga jika kita ingin menguasai sesuatu kemahiran seperti membuat kek atau biskut maka kita perlu menguasai kemahiran tersebut dengan ilmu.

Bagi pelaburan terhadap ilmu banyakk cara yang boleh kita lakukan seperti membaca. menghadiri seminar, mengikuti kelas dan bertanya kepada mereka yang lebih tahu. namun bagi kita yang masih belajar ni pelaburan ilmu yang paling murah dan mudah ialah dengan membaca. Bermodalkan RM 1 atau RM 2 pun kita dah boleh dapat ilmu yang banyak.

Setelah mendapat ilmu tersebut paling utama ialah mengamlkannya dan bertindak, kerana ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Apabila kita tidak bertindak maka ilmu itu tidak dapat membantu kita dalam kehidupanoleh itu bertindak lah dengan ilmu yang kita perolehi supaya ia boleh memberikan hasil kepada kita.

Semoga kita dapat membuat pelaburan yang paling mudah ini supaya kehidupan kita akan lebih terjamin dan sentiasa ceria dengan rezeki yang melimpah. Kita boleh mulakan dengan ebook 9 formula pantas seru rezeki, supaya kita lebih yakin dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah setiap hari.


************************
************************

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...