November 1, 2011

Merancang untuk berjaya...

Salam sejahtera,

Anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal.

 Pernah anda dengar ayat tersebut? Namun begitu kita sering gagal untuk merancang walaupun perkara itu adalah kecil.

Setiap perkara perlu ada perancangan supaya kita bersedia dengan kemungkinan yang akan berlaku. Dengan perancangan yang betul kita akan dapat mengurangkan resiko kegagalan.

Walaupun kegagalan adalah perlu namun jika terlalu banyak ia boleh menyebabkan kita rasa tertekan dan boleh menyebabkan penyakit fizikal dan mental.

Sebagai langkah pencegahan maka lebih elok kita merancang. Perancangan mungkin terdiri dari pada matlamat yang kita ingin capai, cara atau kaedah untuk mencapai matlamat tersebut dan juga kemungkinan yang boleh berlaku semasa menuju matlamat tersebut.

Dengan cara ini kita kan lebih berwaspada dengan segala kemungkinan dan akan dapat bertindak dengan lebih cepat apabila ada tanda-tanda yang menuju ke arah kegagalan.

Segeralah merancang untuk masa depan anda...


************************
PERCUMA JE....
************************
************************

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...