January 15, 2011

Kewangan dan anda

Salam sejahtera
Setiap tahun baru banyak perancangan akan di buat antaranya ialah dari segi kewangan. Ia merupakan satu kategori yang paling penting bagi menjamin kesejahteraan hidup. Jika tidak masakan ada pembentangan belanjawan bagi sesebuah negara.
Bagi memastikan kewangan anda terjamin pada tahun 2011, beberapa langkah penting perlu dilakukan segera antaranya ialah seperti dibawah.
1) Menambah sumber kewangan
-Pastikan anda dapat meningkatkan sumber pendapatan sehingga 50%. Bagaimana hendak dilakukan? Mungkin dengan kenaikan gaji atau menambah pekerjaan. Ia sangat penting kerana setiap tahun akan berlaku kenaikan harga bagi setiap barang. Oleh itu anda perlulah bersedia dengan perkara tersebut.
2) Menyimpan atau menabung
- Proses yang paling sukar jika tidak mengikut turutan yang betul. Jika dahulu anda hanya menabung apabila ada wang lebih maka sekarang tukar dengan menabung dahulu sebelum belanja. Ini akan memastikan anda mempunyai wang simpanan yang semakin meningkat. Jumlah yang perlu disimpan sebaiknya ialah 20% - 50% dari sumber pendapatan anda.
3) Melabur
- Setelah anda mempunyai simpanan yang mencukupi maka boleh lakukan langkah ini. Namun sebelum melabur pastikan anda telah melakukan beberapa perkara seperti mendapatkan ilmu yang betul dalam pelaburan, mempunyai mentor yang betul bagi membimbing anda dan mempunyai sistem yang betul bagi mengelakan kerugian yang besar. Apa bila melabur keuntungan dan kerugian pasti berlaku namun resiko kerugian akan berkurang apabila anda mempunyai segala yang dinyatakan di atas.

Dalam post akan datang saya akan ceritakan bagaimana cara menambah sumber pendapatan.

Sekian.
Dapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan kewangan hanya secara online. Kursus kewangan secara online

P/S Anda boleh kongsikan post ini kepada rakan-rakan. Tanpa mengubah isi kandungan dan maklumat penulis.
>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Maklumat penulis: Nik Syaharudin Nik Daud
Merupakan seorang guru dan penulis blog secara part time. Isu yang biasa di ketengahkan ialah berkaitan dengan motivasi dan kewangan. Hubungi saya  di email: remajadigital@gmail.com
>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...