August 4, 2010

Rancang untuk berjaya

Kejayaan tercapai dengan perancangan yang baik.

Salam sejahtera
Semoga sentiasa ceria dan gembira. Sekarang sudah bulan Ogos 2010, sudah hampir 2/3 tahun 2010 ditempuhi. Adakah segala rancangan anda telah terlaksana? Masih ada peluang lagi untuk menjayakannya. Jika perancangan telah dilakukan anda hanya perlu mengikutinya agar berjaya. Setiap kejayaan yang dikecapi selalunya bermula dengan perancangan.
Jika anda gagal merancang sebenarnya anda merancang untuk gagal. Perancangan yang dilakukan tidak perlulah terlalu teliti, mungkin untuk peringkat awal ialah apa yang anda ingin lakukan secara kasar. Apa yang paling penting ialah tulis setiap perancangan yang kita rancang. Jika kita simpan rancangan dalam fikiran maka ia akan kekal sebagai angan-angan. Semacam cerita Mat Jenin tu kan. Semasa panjat pokok kelapa boleh berangan akhirnya jatuh terus tak jadi apa.

Sekian
http://www.rinss.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...