July 12, 2010

Juara dah ada...

Salam sejahtera
Semoga anda semua sentiasa ceria dan gembira. Juara dah ada bagi bola sepak piala dunia. Betul lah ramalan sotong tu (jgn percaya sangat ye). Tahniah kepada pasukan Spanyol kerana telah berjaya membawa pulang pala rebutan tersebut.
Kepada penyokong mereka pula teruskan lah menyokong dan ambilah semangat mereka untuk jadi juara. Bukan sahaja dalam bola sepak tetapi yang paling penting ialan dalam kehidupan seharian. Pastikan anda telah mempunyai target atau matlamat.
Jika kita hayati semua pasukan yang layak ke piala dunia ini mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin menjulang piala tersebut. Namun adat pertandingan pasti akan ada yang kalah. Cara untuk mencapai matlamat tersebut berbeza antara setiap pasukan itulah yang dinamakan strategi. Ada pasukan yang bermain dengan cara menyerang manakala ada pula yang banyak bertahan. Ada yang menggunakan khidmat pemain muda dan ada yang menggunakan gabungan muda serta lama.
Sekarang aturlah strategi anda untk mencapai matlamat yang telah ditetapkan, strategi boleh diubahsuai mengikut keperluan jadi jangan terlalu takut untuk mengubah cara bagi mencapai matlamat anda.

Sekian
http://www.rinss.com/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...