June 30, 2010

5 sebelum 5

Salam sejahtera,
Semoga anda sentiasa ceria dan jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
Setelah sekian lama maka hari ini 30 Jun merupakan hari terakhir untuk pertengahan tahun 2010. Telah cukup 6 bulan kita berada di tahun 2010, sudah bermacam-macam kisah suka dan duka telah kita alami dan lihat.Yang baik bolehlah dijadikan pengajaran namun yang buruk hendaklah dijadikan pengajaran. Kita sentiasa lupa itulah kelemahan makhluk yang bernama manusia. Setelah mendapat sedikit kesenangan maka ia akan lupa segala masalah dan penderitaan yang lalu.
Kita perlu sentiasa dinigatkan oleh sebab itulah maka sentiasalah berpesan pesan kepada kebaikan kerana ia merupakan ciri-ciri orang yang bertakwa. Jangan jemu untuk menyuruh berbuat kebaikan namun jemulah untuk membuat kejahatan. Setiap orang boleh menyeru kearah kebaikan namun hidayah hanya terletak pada yang Esa. Jika belum masanya lagi maka ia tak akan berlaku, tugas kita sebagai makhluk ialah membuat kebaikan dan bersabar dalam melakukannya. Semoga Allah akan membantu kita dan merahmati apa yang kita akan lakukan dan yang telah kita lakukan.
Sentiasalah ingat lima sebelum lima
  • Sihat sebelum sakit
  • Muda sebelum tua
  • Kaya sebelum papa
  • Lapang sebelum sibuk
  • Hidup sebelum mati
Sekian
http://www.rinss.com

June 29, 2010

Perubahan itu perlu

Salam sejahtera
Semoga anda semua sentiasa luar biasa bagus. Jadikan hari ini lebih abaik dari semalam. Setelah melalui sepanjang enam bulan pada tahun 2010,bermakna kita telah berada separuh dari pada tahun2010. Apakah yang anda telah lakukan sepanjang masa tersebut? Adakah sesuatu yang dapat membanggakan anda? Tau azam pada tahun ini telah terlaksana?
Bagi yang telah berjaya tahniah, namun kepada yang masih dalam proses kejayaan usahakan dengan penuh daya dan upaya. Bagi mencapai apa yang telah kita rancang perubahan adalah amat perlu. Walaupun sedikit ia sangatlah perlu, dengan adanya perubahan tersebut maka kita semakin hampir denan kejayaan. Bagi seorang pelajar,setiap hari perlukan perubahan kerana anda sentiasa belajar sesuatu yang baru. Pastikan minda anda sedia untuk berubah bagi menerima ilmu. Sentiasalah berfikiran positif agar anda sentiasa ceria. Jika dulu anda buat satu latihan sehari mungkin pada mas ini anda boleh buat lima latihan. Sentiasa lakukan perubahan kearah yang lebih baik. Anda pasti akan mencapai kejayaan.
Sekian.
www.rinss.com

June 25, 2010

Amalkan ilmu anda

Salam sejahtera,
Semoga anda semua sentiasa ceria dan gembira. Pagi ni hujan agak lebat kat Tangkak. Mungki ia kan menyukarkan pegarakan. Namun jangan lihat sebagai masalah kerana ia adalah rahmat bagi kita yang sering kepanasan pada 2 bulan yang lepas. Allah telah makbulkan permohonan hamba Nya hari ini.
Amalkan ilmu agar ia memberi pertolongan kepada anda pada masa akan datang. Ilmu yang paling berguna ialah yang sentiasa diamalkan walaupun sedikit. Ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon yang tidak berbuah, manakala ilmu yang diamalkan ibarat pohon yang sentiasa berbuah. Sentiasa memberikan hasih kepada pemiliknya. Mulakan dengan yang kecil jangan nak tunggu yang besar.
Sekian

June 1, 2010

Bayar bil diri anda.

Salam
Semoga anda sentiasa sihat dan jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
Masalah kewangan sememangnya menjadi masalah kepada hampir semua orang. Akibat dari masalah tersebut boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan keruntuhan rumah tangga. Ada yang tidak setuju namun itulah hakikat yang berlakau sekarang. Apabila tidak mampu membayar hutang Ah long mengakibatkan nyawa tergadai. Akibat tidak mampu sediakan keparluan rumah tangga boleh menggoncangkan keharmonian keluarga. Itulah penangan masalah kewangan kepada masyarakat kita pada masa kini.
Segala ini berlaku disebabkan kita tidak mempunyai ilmu berkaitan pengurusan kewangan atau pun cara pengurusan yang tidak betul. Apa yang kita lakukan sekarang telah silap dan ia menyebabkan timbulnya masalah ini. Cara yang biasa dilakukan dalam pengurusan kewangan ialah
1. bayar bil dan hutang
2. belanja keperluan
3. hiburan
4. simpanan (jika ada baki)
Anda dapat lihat sekarang? Semua orang akan menyimpan tetapu jika ada wang yang lebih..... adakah anda pasti akan ada yang lebih????
Apa yang anda boleh lakukan sekarang ialah dengan mengubah cara biasa di atas dengan cara di bawah ini.
1. simpan (10%) - bil diri
2. bayar bil dan hutang
3. belanja keperluan
4. hiburan (jika ada baki)
Cubalah cara ini mungkin anda akan dapat lihat perubahan dalam kewangan anda. Amalan yang sedikit lebih baik dari tahu banyak tetapi tidak di lakukan.
Sekian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...