May 25, 2010

Cabaran atau masalah

Salam
Semoga anda semua sentiasa ceria dan sihat.
Setiap orang ada masalah dan dugaan dalam kehidupan. Jika dah tak ada cubaan bukan kehidupan lah kot. Namun cara kita menangani masalah adalah berbeza bagi setiap orang.
Bagi yang mudah putus asa setiap masalah adalah kesusahan dan tidak ada jalan penyelesaian.
Bagi yang ingin berjaya setiap masalah akan dilihat dari sudut yang berbeza. Masalah yang dihadapi dianggap sebagai satu cabaran dan boleh diatasi. Cara mengatasi masalah ini lah yang akan membuat kan setiap individu yang berjaya itu berbeza.
Contoh mudah jika kita hendak menyeberang sungai, kita boleh berenang, boleh juga menaiki bot atau sampan, membina titi atau jambatan, mungkin juga ada tyang terfikir untuk melompat macam tarzan tu... Lihat lah berbagai -bagai cara boleh dilakukan untuk menyeberangi sungai. Semua cara tersebut dapat difikirkan jika kita menggangkap ia sebagai cabaran. Jika ia sebagai masalah mungkin kita tidak terfikir pun semua langkah tersebut.
Setiap cabaran akan ada cara penyelesaian, oleh itu jadikan masalah itu sebagai cabaran yang akan menggerakkan minda kita untuk lebih maju dan berjaya.
Sekian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...