June 1, 2010

Bayar bil diri anda.

Salam
Semoga anda sentiasa sihat dan jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
Masalah kewangan sememangnya menjadi masalah kepada hampir semua orang. Akibat dari masalah tersebut boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan keruntuhan rumah tangga. Ada yang tidak setuju namun itulah hakikat yang berlakau sekarang. Apabila tidak mampu membayar hutang Ah long mengakibatkan nyawa tergadai. Akibat tidak mampu sediakan keparluan rumah tangga boleh menggoncangkan keharmonian keluarga. Itulah penangan masalah kewangan kepada masyarakat kita pada masa kini.
Segala ini berlaku disebabkan kita tidak mempunyai ilmu berkaitan pengurusan kewangan atau pun cara pengurusan yang tidak betul. Apa yang kita lakukan sekarang telah silap dan ia menyebabkan timbulnya masalah ini. Cara yang biasa dilakukan dalam pengurusan kewangan ialah
1. bayar bil dan hutang
2. belanja keperluan
3. hiburan
4. simpanan (jika ada baki)
Anda dapat lihat sekarang? Semua orang akan menyimpan tetapu jika ada wang yang lebih..... adakah anda pasti akan ada yang lebih????
Apa yang anda boleh lakukan sekarang ialah dengan mengubah cara biasa di atas dengan cara di bawah ini.
1. simpan (10%) - bil diri
2. bayar bil dan hutang
3. belanja keperluan
4. hiburan (jika ada baki)
Cubalah cara ini mungkin anda akan dapat lihat perubahan dalam kewangan anda. Amalan yang sedikit lebih baik dari tahu banyak tetapi tidak di lakukan.
Sekian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...