June 28, 2009

Perlu tambah kemahiran..




Salam,
Semoga ceria dan sentiasa lebih baik dari semalam.
Setiap orang ada kemahiran tertentu namun setiap kemahiran sebenarnya boleh dilatih dan dibentuk. Kita tidak ada kemahiran untuk mencipta produk ebook tetapi tidak mustahil untuk dilakukan. Segala yang perlu adalah pengetahuan yang kita telah ada. Setiap orang ada maklumat berkaitan kepakaran masing-masing. Mulakan dengan kepakaran anda untuk diceritakan kepada orang ramai.
Daripada pengetahuan dan kepakaran yang anda ada sudah pasti anda akan mudah untuk bercerita kepada orang ramai. Sebagai contoh anda seorang penternak kambing, apa saja cerita berkaitan kambing sepatutnya dalam pengetahuan anda. Bermula dari jenis dan baka, makanan dan diet, penyakit dan kesihatan serta pasaran produ kambing. Anda boleh pilih mana-mana tajuk yang anda nak ceritakan. Bagaimana nak mulakan penternakan kambing pun boleh dijadikan tajuk. Saya percaya ramai yang berminat sedang mencari-cari maklumat berkaitan kambing.
Jangan lepaskan peluang ini dengan kemahiran anda, mungkin kemahiran anda masih belum capai tahap master tetapi tak salah anda bermula sekarang. Kemahiran akan bertambah dengan pengalaman anda.
Sentiasalah cari dan tambah kemahiran terutamanya dalam bidang anda.
Sekian wassalam


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...