June 6, 2009

Bakat anda....



Salam
Semoga keceriaan sentiasa bersama anda.
Adakah anda berbakat?? Semua orang ada bakat yang tersendiri, jika tukang masak handalan kita kata dia ada bakat memasak, jika pemain muzik hebat dia pun ada bakat, namun tahukah kita yang bakat ni ada dua jenis iaitu bakat alam dan bakat minat.
Bakat alam ni ialah yang semulajadi orang tu memang hebat walaupun dia tak pernah belajar. Manakala bakat minat ialah anda akan menjadi pakar dalam sesuatu bidang apabila anda melakukan sesuatu yang anda minat dengan bersungguh-sungguh. Yang ni kena belajar lah jika kita minat makin mudah lah kita menguasai sesuatu bidang. Macam nak belajar buat kek lah jika suruh orang yang tak minat buat mungkin jadi tapi tak sedaplah. Bagi yang minat dia akan belajar hingga berjaya.
Cuba anda kenalpasti bakat yang terdapat dalam diri anda. Adakah ia dah menepati dengan apa yang anda lakukan sekarang? Dengan bakat yang ada serta kesungguhan hendak belajar maka kerjaya anda akan lebih cepat berkembang. Tak semestinya ada bakat anda akan maju dalam bidang tersebut. Ia perlu dikembangkan dengan belajar, oleh itu ilmu adalah sangat penting.
Cari bakat anda sekarang untuk membangunkan potensi diri.
Sekian wassalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...