May 19, 2009

Membaca adalah ilmu....

Salam.....
Semoga hari ini lebih baik dari semalam... Menuntut ilmu adalah perkara yang amat mulia. Apa sahaja yan ingin dilakukan perlu lah mempunyai ilmu. Walaupun hendak makan, jika anda tak ada ilmu nak makan maka mungkin anda akan termakan makanan yang basi atau beracun.
Terdapat bermacam cara untuk mendapatkan ilmu, anda boleh perolehi dengan belajar dari guru, dari alam, dari pengalaman dan dari buku atau bahan bacaan.
Bagi mendapatkan ilmu sepatutnya kita tida berkira dengan kos selagi kita mampu. Itulah sebabnya kita lihat ada seminar yang berharga ratusan malah ribuan ringgit. Jika anda mampu silakan iaadalah lebih baik. Namun jika terdapat kekangan terhadap kewangan jangan memaksa dapatkan dengan cara yang lebih murah. Jika kita minat hendak menghadiri seminar Azizi Ali, namun belum berkesempatan anda boleh dapatkan buku-buku kanrangan beliau. Begitu juga dengan penulis-penulis lain seperti Irfan Khairi, Dato Dr. Mohd Fadilah Kamsah, Chef Li, Smartzul dan ramai lagi penulis.
Mereka ini semua telah menghasilkan buku yang merupakan ilmu bergerak. Anda boleh bawa kemana-mana dan boleh menbacanya pada bila-bila masa. Dengan teknologi yang canggih kini terdapat medium internet yang menyediakan pembacan tanpa sempadan. Anda dapat membaca buku yang pelbagai secara online. Malah ada yang percuma namun maklumat yang diberikan amat hebat dan sukar diperolehi dimana-mana sekali pun. Contoh nya majalahim.com ia merupakan satu-satu nya majalah dalam talian dan percuma. Dalam majalah tersebut anda akan memperolehi maklumat berkaitan dengan perniagaan internet dan peluang yang ada di dunia siber. Dapatkan sekarang kerana majalah ini adalah percuma.
Oleh itu banyakkan membaca kerana dengan membaca anda akan memperolehi maklumat dengan cara yang paling murah dan bermanafaat.
Sekian wassalam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...