May 24, 2009

Kita tak pernah cukup......




Salam.

Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria, jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Bayi mempunyai satu tabiat yang amat kompleks, contohnya sebaik sahaja bangun tidur dia akan melihat siapa yang berada disis samaada ayah atau ibu. Jika ayah yang ada dia akan menangis memanggil ibunya, perkara yang sama berlaku jika ibunya yang ada dia pun menangis memanggil ayahnya. Memang pelik kan????
Namun perkara tersebut akan terbawa-bawa hingga ke dewasa.... Yelah apa yang kita tak ada tulah yang kita nak sangat-sangat. Maka akan wujudlah berbagai alsan yang kadang-kadang tak masuk akal. Jika yang baik oklah, boleh usaha nak dapatkan namun jika yang buruk?????
Cabaran dalam kehidupan ni sememangnya menguji kita, jika kita tak kuat iman maka akan berlakulah berbagai-bagai bencana. Lihat orang pakai kereta besar kita pun nak juga, orang tukar handphone baru kita pun nak tukar (walaupun masih boleh guna), banyak lah lagi yang ikut orang ni..... memang tak akan habis...
Jika kita lihat pada masa dahulu keperluan utama hanya ada tiga perkara iaitu PAKAIAN, MAKANAN dan TEMPAT TINGGAL. Itu dulu punya cerita, sekarang mungkin ia akan bertambah seiring dengan pembangunan dan perkembangan teknologi. Contoh yang paling hampir handphone pada tahun 1998 ia merupakan alat bagi golongan yang berada, pelajar yang memiliki handphone pada masa tu amat kayalah.... (masa tu kat universiti memang tak nampak pelajar yang guna). Sekarang dah menjadi keperluan asas malah siapa yang tiada dianggap ketinggalan..... (sekarang ni ada RM100 dah dapat sekadar untuk telefon dan sms). Tak salah anda memiliki handphone namun ukurlah dengan diri anda dan apa tujuannya. Kata pepatah melayu "Ukur baju dibadan sendiri" :-).
Satu cara agar kita tidak terjebak dalam situasi ni ialah dengan banyakkan bersyukur, lihat kepada mereka yang kurang mampu dari kita. Kata orang "Jangan hanya mendongak melihat awan, sesekali pandanglah rumput di bumi"
Sekian wassalam...






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...