May 4, 2009

Ilmu kebersihan......



Salam,
Semoga anda sentiasa ceria dan gembira, walaupun dunia sekarang sedang menerima ujian baru. Hidup perlu diteruskan, jika anda menghidapi selsema atau demam segeralah mendapatkan rawatan. Bagi mengatai masalah ini amalkan kebersihan dengan mencuci tangan setelah membuat kerja. Sentiasalah mengamalkan kebersihan, dengan cara itu kita akan dapat menghindari segala penyakit bawaan haiwan atau serangga.
Bagi mencegah penyakit denggi kita perlu bersihkan kawasan sekitar bagi mengelakan tempat pembiakan nyamuk. Lakukan gotong-royong sekurang-kurangnya sekali seminggu, tak perlu lama hanya 10 minit bersihkan kawasan air bertakung.
Dengan kerjasama segenap lapisan masyarakat mungkin masalah ini akan dapat diatasi dengan cepat. Keperihatinan setiap individu adalah kunci kejayaan setiap program ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...