April 2, 2009

Masalah atau cabaran???



Salam
Semoga anda sentiasa sihat dan ceria. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
Setiap orang akan menghadapi masalah tidak kira kecil atau besar. Tahukah anda bahawa setiap masalah akan ada jalan penyelesaiannya. Bagaimana kita ingin mendapatkan jalan penyelesaian? Bagi mendapatkan jalan maka setiap masalah yang kita hadapi perlu ditukar kepada cabaran. Kerana setiap cabaran pasti ada cara nak selesaikan. Senaraikan semua cara untuk selesaikan cabaran dan pilih yang anda paling suka. Pastikan cara yang dipilih itu adalah yang paling kurang mudarat dan paling banyak manafaat.
Dalam membuat keputusan emosi adalah amat penting, pastikan anda berada dalam keadaan yang tenang. Setiap keputusan yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa atau marah biasanya akan menimbulkan masalah pada masa akan datang.
Anda yang memilih setiap perjalanan yang ingin anda lalui. Pastikan pilihan tersebut adalah yang terbaik buat anda. Orang lain biasanya akan banyak memberi komen tetapi tidak memberikan cara mengatasi. Pastikan anda mendapat nasihat dari orang yang tepat.
Sekian wassalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...