April 26, 2009

Bersosial....

Salam,
Semoga anda sentiasa mendapat rahmat dan kesejahteraan..
Hari ni tak pergi jalan-jalan ke?? Pada hari cuti begini lakukanlah perkara yang dapat meningkatkan ilmu dan menambah kenalan... Kenalan amat penting oleh itu sentiasalah meghubungi kawan-kawan sekolah dahulu.... Dengan teknologi sekarang tidak mustahil anda akan dapat berjumpa semula dengan rakan-rakan lama...
Kehidupan dalam dunia ni perlulah bermasyarakat agar tak kesunyian. Dalam Al Quran pun Allah ada bagi tahu yang manusia ni dicipta berbagai-bagi bangsa dan warna kulit agar kita kenal-mengenal, namun yang berjaya hanya mereka yang bertakwa....
Bersosial tak salah cuma kena tahu adab dan tatacara agar tidak melanggar adat dan hukum agama... Pilih lah cara yang paling baik dan sesuai.....
Sekian wassalam....

April 24, 2009

Masalah..

Salam..
Semoga anda sentiasa mendapat ilmu baru... Dalam kehidupan harian kita sentiasa berhadapan dengan masalah. Bagi menjadikan setiap masalah tersebut tidak membebankan kita boleh tukar setiap masalah tersebut kepada cabaran....
Kenapa nak tukar??? Supaya anda atak kata masalah tu susah... jika dah jadi cabaran maka ia akan mudah hendah diatasi.... Kerana setiap cabaran akan ada cara mengatasi dan anda akan lebih bersemangat nak mencuba...
Sebagai contoh jika anda meghadapi masalah kewangan, tukar masalah tersebut kepada cabaran menambah dana kewangan... Pasti anda akan mendapat cara untuk selesaikannya...Senaraikan segala cara dan pilih yang terbaik dan sesuai dengan anda...
Semoga anda akan sentiasa berusaha.. Selagi kita masih hidup masalah akan sentiasa bersama... Setiap masalah akan ada jalan penyelesaian....
Sekian wassalam...

April 22, 2009

Idea di perlekeh???



Salam.
Semoga anda semua sentiasa ceria dan gembira.... Jika nak pastikan anda sentiasa bersemangat sepanjang hari mulakan dengan bersyukur....
Setiap orang mempunyai cita-cita dan impian. Memang patut pun ada impian, apa yang anda kena pastikan ialah impian tersebut terlaksana. Sekarang dah nak penghujung bulan 4/2009 dah hampir suku tahun berlalu. Bagi yang azam tahun ni belum jalan boleh teruskan... jangan berhenti cuma lakukan sedikit ubahsuai.
Anda tentu pernah diperlekehkan atau disindir dengan impan tersebut. Anggaplah sindiran tersebut sebagai kata-kata semangat terhadap usaha anda. Apabila kita ingin menjadikan impian sebagai kenyataan maka langkah utama ialah tulis dan pamerkan agar kita dapat melihat setiap hari. Azizi Ali ada mengatakan bahawa langkah yang paling sukar ialah memberitahu orang impian kita kerana jika tak tercapai maka orang akan mengata.... Itulah kelamahan orang kita ni... Tak dapat lakukan dikutuk dah dapat lakukan pun kena kutuk.....
Biasanya yang mengutuk ni adalah orang yang dah selesa dengan keadaan dia dan tidak suka melihat orang lain lebih berjaya. Bukan nak support tapi makin kutuk adalah.... jika dah berjaya dia kata dah nasib.... Bagi orang yang berjaya nasib adalah yang paling akhir dilihat paling utama adalah usaha dan perancangan.
Jika dah ada idea lakukan sekarang apabila dah berjaya baru bagitahu kepada orang adalah sesuatu yang bagus gak namun masa untuk berjaya tu lamalah..... kita jadi kurang semangat nak lakukan kerana tiada perkara yang mendesak... Bayangkan jika anda dah bagi tahu kepada rakan-rakan nak dapat A dalam setiap exam.... Jika tak dapat apa yang akan berlaku??? Oleh itu anda akan lakukan segala cara agar berjaya dan pada masa ini minda sedar dan minda tak sedar anda akan bekerja keras bagi idea untuk dapat A....Segala idea akan keluar, masa ni lah anda akan dapat idea yang baik dan jahat.... Andalah yang kena tapis mana nak guna....

Jadikan setiap sindiran tu sebagai motivasi untuk berjaya.....

Sekian wassalam.....

April 2, 2009

Masalah atau cabaran???



Salam
Semoga anda sentiasa sihat dan ceria. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
Setiap orang akan menghadapi masalah tidak kira kecil atau besar. Tahukah anda bahawa setiap masalah akan ada jalan penyelesaiannya. Bagaimana kita ingin mendapatkan jalan penyelesaian? Bagi mendapatkan jalan maka setiap masalah yang kita hadapi perlu ditukar kepada cabaran. Kerana setiap cabaran pasti ada cara nak selesaikan. Senaraikan semua cara untuk selesaikan cabaran dan pilih yang anda paling suka. Pastikan cara yang dipilih itu adalah yang paling kurang mudarat dan paling banyak manafaat.
Dalam membuat keputusan emosi adalah amat penting, pastikan anda berada dalam keadaan yang tenang. Setiap keputusan yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa atau marah biasanya akan menimbulkan masalah pada masa akan datang.
Anda yang memilih setiap perjalanan yang ingin anda lalui. Pastikan pilihan tersebut adalah yang terbaik buat anda. Orang lain biasanya akan banyak memberi komen tetapi tidak memberikan cara mengatasi. Pastikan anda mendapat nasihat dari orang yang tepat.
Sekian wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...