December 30, 2008

Niat dan anda....


Salam
Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Selamat menyambut tahun baru Hijri 1430 dan dua hari lagi kita akan menyambut tahun baru Masihi 2009. Jadikan tahun baru ini yang terbaik bagi anda. Apa bila menyambut tahn baru ramai yang akan mengatakan bahawa umur kian bertambah, namun pada hakikatnya umur kita kian berkurang.
Bagi menjadikan tahun baru ini lebih baik maka kiat aperlu lah memulakan dengan pekara yang baik. Jika anda masih ingat pada sambutan tahun baru Hijri kita akan membacakan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Ia seupama kita menutup lembaran lama dan membuka lembaran yang baru. Kita meminta yang baik-baik dalam doa yang dipohon. Ia merupakan niat kita untuk tahun bari ini.
Kadang-kadang kita akan bertanya kenapa niat itu penting? Dengan niat sahaja semua perkara yang mustahil boleh berlaku. Sebagi contoh anda ingin berpuasa jika anda tidak berniat pada malamnya anda mungkin tidak mampu menjalani ibadat puasa. Walaupun tidak mengambil sahur anda masih lagi bertenaga kenapa? Ini disebabkan niat. Jika anda berniat nak tidur sebelum siapkan tugasan, saya pasti anda akan tidur dahulu dengan tugasan tidak siap.
Mulai sekarang betulkan niat anda agar kejayaan sentiasa bersama. Perlu juga berfikiran positif dalam setiap perkara dan yang terakhir ialah tawakkal. Mungkin jalan yang anda lalui masih jauh, dengan niat yang baik anda akan berjaya.
Sekian wassalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...