June 5, 2017

Pendaftaran 201718

Salam sejahtera,

Hari ini bermula pendaftaran untuk sesi 2017/2018. Syukur pendaftaran berjalan lancar walaupun pelajar yang mendaftar mencecah 2000 orang. Berkat  bulan yang penuh mulia proses pendaftaran dapat disempurnakan pada jam 2.30 petang. 

Bertugas sebagai jawatankuasa peralatan pelajar adalah memastikan setiap pelajar mendapat buku panduan, jadual minggu pengurusan pelajar, planer dan baju. Sangat mencabar apabila saiz baju yang disediakan adalah berdasarkan anggaran pelajar. Ada yang memerlukan saiz XXL maka ia adalah amat terhad. 

Untuk sesi akan datang mungkin saiz M perlu diperbanyakkan kerana ia adalah saiz yang sesuai untuk semua pelajar. Langkah paling berkesan meminta pelajar membawa baju putih untuk minggu pengurusan pelajar. Baju kolej hanya ditempah selepas pelajar berada di kolej. 

#coretansyah


*********************************************************************************Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

June 1, 2017

Hari pertama

Salam sejahtera,

Menulis kisah hidup adalah satu cara untuk memulakan penulisan. Kaedah memoir adalah paling sesuai kerana ia tidak terikat dengan masa atau kronologi tertentu. Ia boleh ditulis mengikut tema tertentu atau kisah tertentu. 

Apa yang perlu dilakukan ialah tulis dahulu supaya idea dan kisah yang hendak diceritakan wujud. Semasa mengikuti bengkel penulisan kisah hidup yang disampaikan oleh Tn Zamri Mohammad, beliau mengatakan tulis dahulu menggunakan medium Facebook dan set sebagai "only me". Ini kerana kita sentiasa boleh menulis secara santai apabila menggunakan medium tersebut.

Konsep penceritaan juga boleh digunakan dalam menulis kisah hidup agar tidak terlalu formal. Mengikut Tn Zamri lagi apabila kita ingin menulis kisah hidup, maka perlu membaca buku kisah hidup yang telah terbit. Oleh itu kita akan mendapat idea kaedah penyampai dan ayat-ayat pemula yang sesuai.

Bagi langkah pertama kita perlu tahu kisah hidup yang mana ingin dikongsikan. Mungkin kisah pengalaman berpuasa. Boleh melibatkan kisah orang-orang yang berada disekeliling kita berkaitan dengan tema tersebut. 

Apakah tema yang hendak diketengahkan?

#coretansyah 


**************************************************************************************** Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

May 27, 2017

Misi Ramadan.

Salam sejahtera,

Apabila hampir dengan bulan Ramadan maka semua orang bergembira kerana datangnya bulan yang penuh keberkatan. Dalam bulan tersebut semua orang tahu semua amalan yang dilakuakn akan mendapat ganjaran yang berganda. Maka pada masa itu kita akan dapat melihat ramai orang akan mengerjakan pelbagai kebaikan dan ibadah.

Saya ada terbaca satu artikel yang bercerita berkaitan dengan bulin mulia tersebut. Apabila ditanya bulan ramadan maka kita akan mengatakan kewajipan berpuasa. Namun dalam artikel tersebut kupasan telah diberikan dalam sudut yang berbeza iaitu bulan ramadan adalah bulan diturunkan alQuran.

Hanya orang beriman yang disuruh berpuasa seperti umat-umat terdahulu agar akhirnya mencapai ketakwaan. Misi dalam bulan tersebut adalah untuk mencapai ketakwaan supaya boleh digunakan untuk mengharungi 11 bulan yang lain.

Kita mngkin terlepas pandang berkaitan dengan misi tersebut kerana apabila menjelang Hari Raya kita seperti tidak melalui bulan tarbiah tersebut. Jadikan ramadan tahun ini adalah titik perubahan kita untuk mnjayakan misi tersebut.

#coretansyah

**************************************************************************************** Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

May 23, 2017

Bahasa melayu

Salam sejahtera,

"Semua bangun" laung Kalmizi selaku ketua kelas.

Serentak bunyi seretan kerusi memenuhi ruang kelas. Rupanya cikgu Bahasa Melayu telah masuk. Ini merupakan kelas pertama untuk subjek tersebut maka pertentangan mata kali pertama dengan guru yang mengajar. 

Dengan rambut hitam sedikit ikal, serta berkumis tebal dengan wajah yang sentiasa tersenyum melegakan hati-hati kami. 

"Pasti seronok belajar ni" bisik hati.

"Assalamualaikum cikgu" laung Kalmizi. Diikuti oleh semua ahli kelas.

"Saya bukan Islam" cikgu berkata sambil tersenyum.

Tercengan seketika.....

"Selamat sejahtera cikgu" ucapan selamat terus ditukar.

"Selamat sejahtera" balasnya.

Sesi kelas terus bermula dengan sesi taaruf, biasalah kelas pertama. Nama cikgu tersebut ialah Lau Chin Chua, panggil cikgu Lau. 

Sekali pandang pasti kita akan menganggapnya seorang melayu kerana tidak nampak rupa cina. Ditambah pula dengan kumis yang tebal, serta kefasihannya berbahasa melayu. 

Terima kasih Cikgu Lau.

#coretansyah 



*********************************************************************************Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

May 22, 2017

Kelas tambahan matematik

Salam sejahtera,

Nak cerita satu kisah semasa berada di tingkatan tiga. Maklumlah pada tahun tu kena ambil peperiksaan penting Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Pada masa tu cuti penggal persekolahan bermula, namun saya dan kawan-kawan yang terpilih ni tak dapatlah cuti. Kena buat persediaan untuk SRP, maka setiap hari ada kelas tambahan. 

Kelas tambahan yang paling melakat diingatan ialah matematik, walaupun bukan hebat sangat dalam subjek tersebut. Setiap kali menghadiri kelas tidak boleh lewat atau berdirilah diluar selama 30 minit. Apa yang seronok setiap kali sebelum memulakan kelas, cikgu Zakiah pasti akan menyuruh kami menyanyikan lagu Wawasan 2020. 

Cikgu Zakiah walaupun fizikalnya tidak lah besar namun suaranya boleh didengar sehingga dua kelas jauhnya. Latihan matematik sangat banyak dan sesiapa yang tidak siap akan didenda tak kira lah pelajar lelaki atau perempuan. Paling teruk kena buat "push up" mengikut soalan yang tidak siap. 

Pernah lah kena jarang yang tidak kena denda ni paling kurang pun berdiri sehingga habis kelas. Pada masa tu sangat takut jika tak siap tugasan, sekarang ni terasa satu kenangan yang menarik pula.

Terima kasih Cikgu Zakiah.

#coretansyah



*********************************************************************************Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...